Resepi

*"Kesungguhan anda yang menjamin keberhasilan adunan resepi & tanpa usaha mungkin anda kecewa..."
                  "Selamat Mencuba!!!"



BISKUT MAMA CARRIES LILYDVALLEY
Biskut yg menjadi kegemaran ramai.

Bahan-bahan ( 60-75 biji )
* 300gm mentega/marjerin
* 375gm tepung gandum
* 130gm tepung jagung
* 100gm gula icing
* 1/2 sudu teh esen vanila
* Utk hiasan
* -1 biji putih telur
* -100gm gula icing
* -1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara

1. Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.
2. Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang.
3. Masukkan esen vanila.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart".
6. Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap.
Utk melorek, gunakan penyunkil gigi.
7. Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak.
Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.
8. ***utk HIASAN***
9. Pukul putih telut hingga gebu.
10. Masukkan gula & tepung. kacau sebati.
11. Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda.
12. Sapukan putih telur keatas biskut
13. Lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco.


BISKUT BADAM LILYDVALLEY
variasa biskut badam

Bahan-bahan ( 50-60 biji )
* 140gm mentega/marjerin/shortening
* 65gm gula icing/gula castor
* 1 1/2 sudu teh baking powder
* 1/2 sudu teh baking soda
* 25gm tepung jagung
* 1 biji telur
* 200gm tepung gandum
* 50gm serbuk badam.
* **Utk Hiasan
* -125gm choc masak
* -15gm cocoa butter/mentega
* -sugar deco

Cara-cara

1. Ayak tepung gandum,tepung jagung, baking powder & baking soda. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur dan kacau.
4. masukkan tepung sedikit demi sekidit dan juga serbuk badam.
Uli hingga menjadi doh yg lembut.
5. Bentuk/terap mengikut citarasa masing. bakar pada suhu 150C hingga biskut kekuningan.
6. Untuk Hiasan-
Cairkan choc masak yg telah dicampurkan sedikit cocoa butter/mentega.
7. -Celupkan biskut yg telah sejuk dan tabur dgn sugar deco.


BISKUT DAHLIA PERMATA
biskut wajib tiap kali raya : )

Bahan-bahan ( 70 - 80 biji )
* 320gram mentega
* 250gram tepung gandum
* 150gram tepung kastard
* 100gram tepung jagung
* 100gram gula aising - boleh tambah kalau suka manis
* 2 biji kuning telur
* 1/3 sudu teh esen vanilla
* BAHAN2 HIASAN:
* gula aising
* mentega
* strawberry emulco (perasa & pewarna)

Cara-cara

1. Mentega & gula aising dipukul sehingga gebu
2. Masukkan esen vanilla & kuning telur. Kacau adunan sehingga sebati
3. Masukkan pula tepung gandum, tepung jagung & tepung kastard (diayak terlebih dahulu) sedikit demi
sedikit . Uli doh sehingga lembut & sebati.
4. Ambil sedikit doh & masukkan ke dalam acuan bunga dahlia. Tekan ke dalam cawan kertas.
5. Kemudian, bakar selama 20 minit pada suhu 150C
6. Apabila, biskut sudah masak, sejukkan dahulu sebelum dihias
7. Untuk hiasan, pukul gula aising & mentega sehingga gebu & masukkan emulco kegemaran anda.
Kacau sebati
8. Ambil sehelai kertas dan buatkan corong.Masukkan ising ke dalam corong tersebut dan hiaskan biskut
anda
9. Akhir sekali, tabur manik warna warni diatas ising dengan menggunakan sudu kecil.
Biarkan ising sejuk dahulu sebelum biskut disimpan


CHOC CHIP COOKIES


Bahan-bahan ( lebih kurang 100 kpg )
* 190 g mentega- lembut
* 45 g gula perang
* 80 g gula kastor/icing
* 220 g tepung gandum
* 1/2 sk rata baking soda
* 1 sk serbuk koko(lebihkan jika suka utk mendapatkan cookie yang dark choc)
* 1/2 sk esen vanilla
* 170 g choc chip
* 170 g badam cincang kasar- di panggang
* 1 biji telur -yg sedang

Cara-cara

1. Tepung, baking soda, koko di ayak bersama.
2. Mentega, gula icing, gula perang di gaul rata.
3. Masukkan telur dan esen dan digaul lagi hingga sebati.
4. Masukkan pula campuran tepung,gaul diikuti dgn choc chip dan badam cincang dan di gaul
hingga rata dan sebati.
5. Susun doh sesudu2 di atas loyang pembakar dan bakar hingga garing mengikut suhu
kepanasan oven masing2.