Pantai KMN


Berikut adalah pantai-pantai yang terletak di Kemaman :-

1- PANTAI TELUK MAK NIK
     Pantai ini sesuai dijadikan sebagai tempat untuk melakukan aktiviti Perkelahan. Ia terletak di Geliga, Kemaman. Pelbagai kemudahan disediakan termasuk Wakaf, Taman Permainan, Ki0sk, Tandas Awam, Papan Tanda & T0ng Sampah. Juga mempunyai jalan berturap.

2- PANTAI TELAGA SIMPUL
      Terletak di Teluk Kal0ng, Kemaman, & ia sangat sesuai dijadikan sebagai tempat perkelahan & beriadah. Kemudahan seperti Wakaf, Taman Permainan, Gerai Makan, Ki0sk, Tandas Awam, Papan Tanda, T0ng Sampah, Surau & jalan Berturap ada disediakan.

3- PANTAI TELUK PUCH0NG
      Pantai ini terletak di Kijal, Kemaman & sesuai dijadikan sebagai tempat perkelahan & perkhemahan. Di sini ada disediakan kemudahan seperti Wakaf, Gelanggang Futsal, Taman Permainan, Gerai Makan, Ki0sk, Tandas Awam, Papan Tanda, T0ng Sampah, Jalan Berturap & Surau.

4- PANTAI PENUNJUK
       Yang berl0kasikan Kijal, Kemaman, sangat sesuai dijadikan sebagai tempat perkelahan. Tidak lupa juga dengan kemudahan seperti Wakaf, Taman Permainan, Papan Tanda & Jalan Berturap.

5- PANTAI CAGAR HUTAN
        Ia juga adalah salah satu pantai yang ada di Kemaman. Ia lebih sesuai dijadikan sebagai tempat perkelahan & di sana disediadan jalan berturap.

6- PANTAI TELUK AIR TAWAR
       Ia sesuai dijadikan sebagai tempat Perkelahan. Di sana disediakan Res0rt dengan kemudahan Chalet.

7- PANTAI KEMASIK
       Terletak di Kemasik Kemaman, & dengan kemudahan yang ada seperti Wakaf, Taman Permainan, Ki0sk, Tandas Awam, Papan Tanda, T0ng Sampah, Jalan Berturap & Surau, sangat sesuai dijalankan aktiviti perkelahan.

8- PANTAI TANJUNG KEMASIK
       Juga terletak di Kemasik, Kemaman & tidak mempunyai jalan masuk berturap, sesuai dijadikan tempat perkelahan.

9- PANTAI BUKIT TAMPIN
       Lokasinya yang terletak di Kemasik, Kemaman. Di sana ada disediakan Wakaf & untuk ke sana disediakan jalan masuk berturap. Sesuai untuk aktiviti perkelahan.

10- PANTAI KUALA KERTIH
       Terletak di Kertih Kemaman. Mempunyai Res0rt dengan kemudahan Chalet & Jalan Masuk Berturap serta sangat sesuai dijadikan tempat perkelahan.